Sabtu, 1 Jun 2013

Aku dan PERSADA

Dicatat oleh chekgu afiqah di Sabtu, Jun 01, 2013
Assalamualaikum..
semalam 31 Mei 2013....
mungkin kali terakhir bersama PERSADA UPSI...
hari esok dan mendatang mungkin kita sudah tidak bersama..

disini aku mengenal apa itu erti kepimpinan..
belajar bagaimana untuk membuat surat2x rasmi..
bagaimana protokal sesebuah majlis..
disini aku praktikkan segala ilmu fasilitator y aq ada..
disini aq belajar bagaimana untuk memastikan perbelanjaan program tidak melebihi bajet..
disini aku belajar bahawa birokrasi memang penuh dgn karenah..
disini aku belajar bagaimana untuk tampil kehadapan...
disini aku belajar segalanya...

disini juga tanpa sedar aq belajar apa itu kegigihan..
disin aku belajar apa itu kesabaran..
disini aku belajar bahawa ukhwah itu mampu menyelesaikan banyak perkara..
disini aku belajar bahawa setiap yang berlaku ada sebabnya..
disini aku belajar sahabat bisa menjadi keluarga..
disini aku belajar untuk terus hidup..
disini aku belajar untuk terus menyayangi..

aku bangga menjadi sebahagian dari mereka..
mungkin aku bermula agak lewat..
tapi lewat tak bermakna tidak mampu untuk bersama..
bersama mereka aku belajar banyak perkara..
pertelingkahan kecil adat dalam ikatan...
malahan ia mampu mengeratkan ikatan y ada..

aku bangga menjadi warga FELDA..
Ya FELDA adalah medium y menyatukan aku dan mereka...
aku tidak malu untuk mengaku aku warga FELDA..
Atuk dan nenekku peneroka FELDA..
begitu juga Arwah Embah lanang dan Arwah Embah Wedok..
ibu bapaku kakitangan FELDA..
Aku Tadika di FELDA...
Aku bersekolah rendah di FELDA..
jika orang tanya aku berasal dari mana aku tidak malu untuk mengakui aku berasal dari FELDA..


Hari ini mungkin majlis terakhir aku bersama warga PERSADA..
kisah kemudian hari hanya DIA yang mengetaguinya...
harapanku menggunung..doaku titipkan agar PERSADA tidak terkubur..
meskipun bukan aku yang memulakan namun rasa kasih sayang dan cintaku tertanam disini..
tanpa aku mahupun mereka sedari...
detik perpisahan ini akhirnya tiba jua...
semester terakhir.. berlalu terlalu pantas...
segala kenagan akan terus ku semat dalam lipatan kenangan hidup ini..

terima kasih buat semua ahli PERSADA yang memberikan aku pelaung untuk melakar kenangan bersama-sama..
segala kenangan kita bersama akan terus kuingati sampai kapan pon...

0 ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ini kisah aku dan mereka Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea